hari ni masuk hari ke-4
bencana alam yang menggemparkan KL+Malaysia
14banglo ranap (seperti tajuk di stesenTVswasta)
... kerana tanah runtuh ...

hmm..bencana alam yang jarang2 berlaku
>>jarang2 berlaku dan tak sama seperti tsunami (2004)

>>jarang2 berlaku dan lebih kurang sama punca -i.e. tanah/pokok/hutan yang 'diganggu rakus'- dgn banjir lumpur PosDipang (1996)

>>jarang2 berlaku dan sama seperti Highland Towers (1993) (ingat lagi saya pegi 'sitevisit' kawasan kejadian time tu.nampak 'bongkah batu' yang besar dpn mata. sedih bila terfikir sapa2 yang terhempap/tertimbus)

dari pagi hari sabtu hinggalah saat ini saya mengikuti berita/updates pasal bencana alam ini.
hinggakan saya rasa saya terlupa dgn bencana alam lain yang sedang berlaku di pantai timur (ish ish ish)
saya mmg bersimpati dgn mereka yang terlibat
dan malam ni, saya -lihat,dengar dan 'rasakan'- satu statement dari seorang uncle-mangsa-bencana-darahnaik lantang berkata2
"TV ada sini biar TV dgr, tentera&rela tu duduk makan, tak tolong pun wife saya angkat kotak, kami tak makan pun lagi, bla bla bla..darah naik la camni'
>>begitulah antara2 kata2 uncle tersebut. tapi saya tak sure uncle tu je atau pun semua yang terlibat 'darah naik' pada tentera&rela (sebelum tu dia marahkan MPAJ)
(tapi bukan ke uncle tu yang duduk atas bukit tu kan, dan dia yang pilih beli rumah kat situ. ohya, barang2 yang diangkat pun mesti barang2 uncle tu kan? hmmmmm......)
hmm..sian kan tentera&rela tersebut. tak pasal2 dorang kena marah.
dah la dorang tak tinggal di kawasan tersebut (mungkin mereka tak mewah untuk beli rumah dikawasan tersebut), mungkin ada antara mereka yang dah approved cuti raya tapi sebabkan keje kena tolong mangsa bencana alam, mereka terpaksa sambut raya, makan dan tido di kawasan tersebut.
ahaaa..ntah2 mereka baru je duduk nak makan setelah buat keje
ishh ish ishh..sian nye mereka. (o_o)
dan yg pasti tentera&rela ni takkan buat statement 'darah naik' kena keje depan cameraman TV-TV diMalaysia. hehehe
hmm.. saya mmg tak mengalami bencana alam tersebut dan tak berada di tempat kejadian
tapi sebagai seorang manusia, saya juga turut bersimpati dgn apa yang berlaku.
hmm..saya mungkin 'bias'
tapi sebagai seorang manusia juga, saya rasa kadang2 kita perlu redha (dan insaf) dgn apa yang berlaku. tak perlu menuding jari atau menyalahkan (darah naik) pada sapa2 pun. dan patut lebih bersyukur kerana terselamat, dapat lagi bernafas, dan dapat menggunakan simpanan mereka yang banyak untuk 'meneruskan hidup'.
hmm..entah laa kan.
p/s: saya harap awek-poyo-BMW selamat dan saya masih boleh nampak dia memotong kete saya dgn lagak nye, pagi2 otw nak ke ofis. hehe.
hmm..saya mmg tak semewah awek-poyo sebab kete dia BMW dan saya hanya berkete nasional
tapi sebagai seorang manusia, saya rasa tak salah (dan tak calar pun kete dia) kalau dia angkat tangan tak pun senyum tanda tima kasih bila saya bagi jalan kat dia. Jeles? huhu saya jeles sebab kete dia BMW? haha. Kete nasional ni pun saya berpeluh nak bayar, nape plak nak jeles pasal kete BMW dia.
lalalala
No comments:
Post a Comment