Saturday, February 28, 2009

thanks for the memories

-Thanks for the Memories by Cecilia Ahern-


Saturday, February 14, 2009

suatu pagi, kisah saya dan broadband

pagi tadi, internet saya problem.
saya pun called Malaysia's most popular network M-x-S
>>>

BroadbandMan : Seelan disini. Boleh saya bantu Cik?
Saya: Boleh. Saya nye lampu Data kat modem ni tak menyala la. Internet pun tak leh masuk. aaii takkan dah bayar pun masih tak bleh connect.

BroadbandMan: Cik, apa message kat LAN?
Saya: LAN unplugged.

BroadbandMan: ok. Cik off modem dan cabutkan cable modem dari laptop dulu ye.pastu, plug in balik ke laptop.
Saya: Off modem? ok. dah.
Saya: Pastu cabut cable ye?
Saya (dalam hati): ehhh..mana plak cable ni? alamak! asal takde cable attached kat laptop?

BroadbandMan: Cik? dah? saya check account Cik active. On balik modem dan masuk internet explorer semula.
Saya: a'aaahhhh la Seelan. dah boleh. (sambil memegang cable yang mmg tak dicucuk ke laptop)

BroadbandMan: ok Cik. ada apa2 lagi yang boleh saya tolong?
Saya: takde dah. Thanks so much ya, Seelan


....langsung tepuk dahi ....
lalalalalala

Thursday, February 12, 2009

stock

heeee...
tiba2 saya ada stock makanan kat ofis



1. Anlene concentrate - untuk kalsium (sbb tulang saya suka bunyi skrg dan cikJuliaHoney telah rekemen Anlene ni)
Nota: Thanks Ju! a'aahh sedap. ada rasa vanilla lagi. heee
2. NyamNyam chocolate - utk elak ngantuk ptg2
3. Smarties - suka atur kotakbergambar dia

..happy eating!..(^_^)

iklan

Fakta: mmg betul utk diri saya. huh (@_@)

Tuesday, February 10, 2009

hujan yang turun bagaikan mutiara...

saya tak sihat. AirCond ofis kuat sgt (kot)
saya beku.
saya minta permission dari peminatHermanTino untuk balik awal
'jangan lupa makan ubat. rehat tau' -kata peminatHermanTino

5minit kuar ofis
hujan turun dengan lebatnya
dan saya stuck bawah bumbungkaki5 tepi sheraton
saya beku (lagi!)


10minit kena tempias
saya nekad minta tolong AnuaQzain - pinjam payung
dan AnuaQzain rescued dgn payungPolkaDotRenda2- comel gile!
tak sempat tanya, AnuaQzain dah berkata2 -' i pinjam payung kakak clerk ofis i'
macam tau2 je nak kena kutuk. hahaha
anyway, thanks so much, Bro (^_^)


5minit saya jalan ke parking
hujan turun makin lebat
dan kasut saya masuk air
saya (dan kaki saya) beku (lagi dan lagi)


30minit akhirnya saya sampai rumah
dan...
hmm...saya betul2 beku (-_-)
kata Arwah Sudirman,
..Hujan yang turun bagaikan mutiara
..berkilau bersinar berkedipan
hari ni,
saya menikmati 'bagaikan mutiara' ini (walaupun saya beku hehehe)
dan sgt suka bau hujan-mula-turun-timpa-tanah
wangi! + tenang (*_*)

Sunday, February 8, 2009

Happy birthday, Merissa (^_^)

Be a good girl. Muaaccchhhh. xoxo,auntie roza

comel jer Merissa dgn birthdaydress-nya >>top:black, skirt:pink

tema birthday party Merissa-Dora the Explorer

dan yang best, bukan budak2 je yang dapat goodiebag. auntie roza dan auntie zaitie pun dapat!lalalala

brailler

hari ni saya dan Ogy gi amik Kila kat sekolah sekaligus tolong dia kemas kelas
satu kelas Kila ada 6 students- blur dan blind
utk student blur, mereka boleh membaca guna huruf AtoZ dan menulis
utk student blind, mereka membaca ikut kod braille dan guna brailler
dan saya+Ogy cuba untuk belajar guna brailler (dan semestinya kami perlu masa yang lebih lama)

Perkins Brailler


'Cikgu Ros' dan Ogy


Kelas 'Cikgu Ros' (yang tak siap dikemas lagi)


hmmm..teringat cite Kila
student blind dia penah bertanya - 'Cikgu Ros, bawa saya rasa internet, boleh?'

yup !! student blind Kila tanya pasal internet
sebab mereka selalu dgr tapi tak penah rasa, apalagi untuk melihat (-_-)

hmm, mungkin ianya perkara kecik bagi sesetengah orang, tetapi ia mungkin jadi perkara besar bagi sesetengah orang yang lain.

Nota: dan kadang2 saya juga terlupa untuk hargai dan nikmati perkara2 kecik yang terjadi disekeliling saya (-_-)

Saturday, February 7, 2009

tic toc

disebuah pasaraya, terdengar..

mak, nak jam!' - dialog budak perempuan tidakpunyagigidepan
'takpayah! nanti kawan amik' -dialog mak budak perempuan tidakpunyagigidepan
mak ni..kedekut laaa' - dialog budak 'perempuan tidakpunyagigidepan

'hahahahaha' - dialog kami..ketawa..

sambil sambung layan 'kids watch' (seperti disignboard)










hmmm...comel+cute+murah
dan akhirnya...








cissss!! ter"beli"
HelloKitty+Batman
lalalalala



Thursday, February 5, 2009

CTS

lately saya agak stress.
stress dgn keje
stress dgn jalan jammed
stress dgn kerabunan saya
stress dgn barang2 jiran saya yang menyemakkan mata
stress dgn..hmm..apa lagi ye?(rasa macam byk je. hehehe)

hari ni, tiba2 pergelangan tangan kanan saya sakit
dan berbunyi "krukkrak krukkrak" bila saya gerak2 kan dia
saya terus jumpa doctor

'stress' - kata doctor
'huh?' - kata saya

'tangan awak stress' - kata doctor
'errkk' - kata saya

'jgn risau. nanti2 hilang la sakit dia. awak banyak guna tgn kanan. cuba balance kan dgn tgn kiri ' - kata doctor
'ooooo nanti2 hilang ye (legaaaa)' - kata saya

'buat exercise. banyakkan pergerakan. seni silat melayu kita banyak gerakan yang cantik2 dan berseni. tak payah belajar yoga2 ni' - kata doctor.
'aiikkk (tiba2)' - kata saya

'saya balut tangan awak supaya tak sakit' - kata doctor
'ahaaa..ok gak tu. tima kasih' - kata saya

Carpel Tunnel Syndrome

hmmm...sampai tangan saya pun stress (-_-) ish ish ish

dah macam nak bertinju pun ada gak ni 'gedebussshhh!' lalalalala

Wednesday, February 4, 2009

'babyshower'

lunch dgn tamam and 'budak kecik beranak 3+1(coming so sooon!)-kata Tamam @ myYlybiglilsister'-Kemmi.
lama betul tak lepak bersama Kemmi. as usual, banyak gelak la bila Kemmi start bercite(plus bergossip). tambah plak dgn kisah tamam menjadi 'abahtunggal during weekdays'. lagi la bergelak ketawa.

babyshower sempena 4thBabyKemmi - coming soon this March0Nine. yeaayy!
hmm..ingat lagi, masa Kemmi masuk keje dulu, dia tgh pregnant-kan DekYa. dgn maternitydress -socks katun2 - perut yang besar -s ize badan yang kecik...mmg comel jer Kemmi dok jalan2 ke hulu ke hilir buat keje sorang2. sebab dia hanya ada boss je time tu. skrg DekYa pun dah umur 3thn. cepat betul masa berlalu. lalalala

baby boy. plan bagi nama Afif (@Afeef-xsure ejaan since anak2 Kemmi semua ada double 'e')- kata Kemmi.
ahaaa..abg Aqeel Faiz ada geng la ye. 2boys 2girls (^_^)

dan Kemmi tetap comel macam dulu dgn marooncheckeredmaternitydress without socks katun2. hehehehe

take care and luv u, Sis! xoxo


Afif in d' Kemmi's womb -be a good boy! (^_^)

Tuesday, February 3, 2009

toPeng

tak semua yang kita kata disukai
tak semua yang dikata kita suka

tak semua yang kita dengar dilayani
tak semua yang didengar kita layan

tak semua yang kita lihat digemari
tak semua yang dilihat kita gemar

kadang2 bagus untuk
..tidak berkata-kata
..tidak mendengar
..tidak lihat

dan kadang2 rasa bagus untuk
..ber'toPeng'
bila ianya mendamaikan (^_^)


hmmm...lelah (-_-)

p/s: saya tak berniat nak serious tapi ini yang saya rasa skrg. penat! penat badan, minda, perasaan.. semua nya la (macam bagus je kan? hahhaha) tapi ini la yang saya rasa. lalalalala

Sunday, February 1, 2009

kacamata saya

saya ada kacamata
sebab saya seorang yang rabun
saya start rabun masa saya form2
saya takkan lupa hari yg saya detect saya rabun
hari tu saya ada kelas sains dan saya tak nampak satu apa pun yang CikguWanAinizah tulis kat whiteboard
wuaaarghhh saya sedih sebab saya rabun (-_-)

saya ada kacamata
kacamata saya ber-power 450
ofismate saya kata >> 'tu dah macam power budak nerd je'
yeke? saya tak tau la plak saya nerd tapi yg saya tau power saya makin naik
wuaarghhh saya sedih sebab saya rabun teruk (gak laaa)

saya ada kacamata
dan saya clumsy tinggalkan kacamata saya kat tepi sinki R&R otw nak gi Melaka
saya lupa bila dah dapat clearvision masa tukar pakai contactlens
wuaaarghhh saya sedih sebab 'nape la saya tak check before saya blah'

saya ada kacamata
kacamata saya murah je
saya taknak beli yang gempak2 sebab
1. saya kasar. nanti kacamata mahal patah/pecah, saya gak yang rugi
2. saya suka tertido dgn kacamata saya.
3. banyak lagi alasan
4. yang pasti saya takde la banyak duit nak beli yang mahal2 lalalalala (^_^) ahaks
asal saya boleh nampak .. okla
dan sebab itu laa saya bleh beli bingkai kacamata RM5 kat petaling street dan gi kedai buat cermin kacamata ber-power 450 kat apek-optical. lalalalalala
wuarrrrghhhhh saya sedih sebab kacamata tu laa yang saya tinggalkan kat sinki R&R tempohari

'kacamata saya-in-memory'

p/s: oh ya..saya nak minta maaf dan terima kasih pada kawan2 saya yang terpaksa U-turn utk cari kacamata murahRM5 saya kat R&R. lain kali kalau tertinggal lagi saya takkan minta U-turn sebab kacamata saya yang baru saya buat ni pun murah gak. (tapi mahal banyak dari RM5) hehehe

lalalalalala (^_^)