Friday, July 31, 2009

badminton vs yellowcab

both fun
walaupun dapat main badminton satu set tak sampai satu jam
tapi at least dapat lepak celebrate bday Tina @ yellowcab sampai dua jam
lalalalalala



PaperDoll

lunch time:
teman k.fiza cari barang2 untuk birthday Aiesya kat satu kedai pemborong
best betul kedai uncle-pemborong ni sebab mainan dulu2 ada jual kat sini
saya menahan diri utk tidak ikut sama memborong
tapi bila jumpa -satu benda- ni
saya 'ter-paksa' beli sebab dah lama saya cari
lalalalala (^_^)

ahaa..paperdoll!

p/s: iye Tina, paperdoll you tak sama dgn paperdoll i. lalalalalalala

hmmm...maybe kita boleh cari paperdoll you macam kita usha last 2year dgn kete k.shaliza (^_^)

hehehehehe

Tuesday, July 28, 2009

HairBrooch

RushAirily got 'hair-brooch' 





Monday, July 20, 2009

chemistry?

orang kata: kalau kita ingat seseorang, orang tu pun tgh dok ingat kat kita.
saya kata : ye ke?

takkan AmySearch ingat kat saya bila saya termimpikan dia sebab before tido saya ingat dia+tertanya2, 'June dah beli ke tiket konsert AwanBiru?'
mustahil Alicia Keys ingat kat saya (tak sure laa..dia kenal saya ke tak) bila saya teringatkan dia masa layan lagu -if i ain't got you- otw balik dari keje (campur teringat cara k.fazi nyanyi lagu tu)
tak mungkin boss saya ingat kat saya bila saya teringat kat dia sebab keje2 yang saya plan nak buat, satu pun tak setel lagi.
dan lebih tragik bila saya teringat+sms kawan saya, dia balas "sapa ni?".huh! (iye saya tau..cittt!! tak patut betul)

tapi...

camne GianFrancoZola boleh teringat kat saya dan sms saya hari ni bila saya sgt2 teringat kat GianFrancoZola semalam? uiiissssshhhh
waaahhh ada chemistry ni!! heeeeee

GianFrancoZola, jom kita gi bercuti!






kita boleh borak2 sambil naik basikal (sebab saya gayat kalau naik motor)










tak pun, kita boleh borak2 sambil lepak makan






atau mungkin.. kita boleh borak2 sambil tak buat apa2
lalalalalalala..

p/s: in your dream laaa, roza! (T_T) kah kah kah



ps,

- By Lauren Conrad-

..lagu klasik..

hari ni saya dgn mak saling berpandangan dan asyik tergelak
pasal apa ye?
pasal jiran kami-CikLimah
tak tau -nape-apa-mengapa-dan lain2 soklan-kena dgn CikLimah
dah seminggu, dia pasang lagu2 klasik kuat2
kami ingatkan ada kenduri kawin, tak pun ada yang berkaraoke kat area perumahan ni. rupanye dari rumah dia. ish ish ish


dan saya pun berfikir...
CikLimah boring ke dok sorang2 sampai kena pasang lagu klasik kuat2?
ke...CikLimah saje nak bagitau jiran tetangga yang dia lagu-klasik-lover?
tak pun..CikLimah bengang dgn jiran depan rumah dia yang jarang2 bukakpintu+berborak dgn dia?
ke...CikLimah tgh aerobic ikut lagu2 klasik?
tak pun..CikLimah nak mengimbau kenangan klasik dia masa dulu2?


ahaaaaaa...hmmm, tapi tak mungkin laa plak kan..tapi tak mustahil jugak kan..
ntah2 CikLimah tgh hafal lagu2 klasik sebab dia nak masuk JanganLupaLirik!!!(^_^) waaaahhhh!

------------ hmm..tapi sedap gak dgr lagu2 klasik ni (*_*) ------------



-dan ini bukan kugiran CikLimah-

Sunday, July 19, 2009

PinkcolorHood cute lil rabbit

MyMelody


- is a cute little rabbit
- is designed for the animal version for one of the famous bedtime story - “Little Red Riding Hood”
- 1975: RED color hood
- 1977: new look with PINK color hood

tapi......

- 2009: WHITE color hood? macam takde latest nye new look.
hmm...takkan MyMelody-lil bro, Rhythm pakai baju Pink kot?
sah! notOriginalMyMelody!kah kah kah.

takpela ..atleast ...
notOriginalMyMelody bertemu dgn OriginalMyMelody-attached with nail-clipper

lalalalalala

Saturday, July 18, 2009

shoes


i don't know why but shoes make me happy (*_*)
lalalalalala

Friday, July 17, 2009

kalau saya diberi peluang..

hari ni saya cuti dan tiba2 saya terfikir...

kalau saya diberi peluang, saya nak keje kat kedai buku
sebab saya suka buku, suka susun buku, suka semua nye laa pasal buku (walaupun kadang2 saya susah nak abis baca satu buku)
hmm... selain kedai buku?

kalau saya diberi peluang, saya nak keje kat kedai bag
sebab saya suka bag, suka susun bag, suka tgk design+kaler bag yang macam2 rupa, dan saya rasa tenang bila dgn bag (walaupun kat bilik saya hanya gantung semua bag kat maxi-rider mak, tak pun letak je atas carpet)
hmm... selain kedai bag?

kalau saya diberi peluang, saya nak keje kat kedai kasut
sebab saya suka kasut, saya suka laa nak susun kasut kat rak, sama macam bag-saya suka tgk design+kaler kasut dari flat shoe sampai laa high heel (walaupun saya tak reti menjaga kasut dgn baik)
hmm... selain kedai kasut?

kalau saya diberi peluang, saya nak keje kat kedai mainan
sebab saya sangat suka toys/mainan, saya suka berimiginasi dok dalam persekitaran mainan dan sgt enjoy nonton movie Mr. Magorium's Wonder Emporium, saya juga suka character katun2/mainan2(walaupun kebanyakan cite katun skrg saya tak berapa nak layan)
lalalalalala

tapi sekarang, kalau saya diberi peluang,
saya nak kemas bilik saya sebelum mak saya masuk bilik+bersyarah pada saya.

inilah faktor yang mengundang saya berfikir perkara di atas.

asal saya cuti, saya kemas bilik

asal saya selesai kemas bilik, mak+kila+Ogy kata >> ehhh, bukan tadi kemas bilik ke?

dan saya (-_-) confused.

Sunday, July 5, 2009

KingOfPop

..download - layan - 'burn' lagu2
Jackson Five & Michael Jackson..

sambil ditemani -rainbow-on-RushAirily-


Saturday, July 4, 2009

Berita minggu lalu..

Jumaat -26June2009-
pagi: masa pegi keje
Michael Jackson & Farah Fawcett (mak suka betul dgn Farah Fawcett dan saya admit rambut dia mmg cantik!) meninggal dunia(-_-) sedih

malam: balik dari keje
Decky called bagitau k.Fazi dah selamat melahirkan baby girl. yeay!! 0.7kg (kecik nye dia) (^_^)happy!!

Ahad - 28June2009-
petang: bersama K.Mun, K.Aini, K.Fiza, June&family
melawat kfazi kat PPUM. Baby sihat+aktif. yeay! tak sabar nak tunggu dia besar. (^_^)happy!!

Isnin - 29June2009-
pagi: balik dari meeting
dapat sms dari Decky -'roza baby dah takde'- huhhh?!! mmg tak caya sgt2 sebab baru je smlm melawat kfazi dan tau baby ok.kepada k.Fazi&Decky, tabahkan hati. kuatkan semangat. (-_-)sedih (sgt2)

Selasa -30June2009-
tghhari: masa kat -myfavedesk-
dapat sms dari Yusri, Fizah selamat dapat 2nd baby boy, Hariz Haikal. (^_^)happy!!

Khamis -2July2009-
Tghhari: balik dari meeting
dgr Nadia cakap k.Suri meninggal dunia. dia kena breast cancer. saya tak rapat dgn k.Suri tapi saya kenal dia. bagi saya dia seorang yang 'happy-go-lucky'. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas K.Suri. Amin. (-_-)sedih.

Jumaat -3July2009-
Pagi: tgh discussion dengan k.Ayu analyst.
dapat sms dari Shima-jiran-myfavedesk- dia selamat bersalin dan dapat baby boy, Saadiq. yeaaayy!congratulations, Shima.(^_^)happy!!