Sunday, December 28, 2008

Saturday, December 27, 2008

old school vintage

hmmm...
'best gak rewang2 kat rawang'
hehehe


-brown strap button heel shoes-


-vintage handbag-

IceCream


hmm... makan icecream masa hujan lagi happy (laa kot) (^_^)

Friday, December 26, 2008

tour bersama Liza

Liza called ajak lunch sama.
masa lunch, Liza ajak tour office dia
'takde orang' kata dia
hahahaha dan2 alasan 'amik document' kat security guard masa nak amik pass visitor




best gak office baru Liza ni.









view dari balcony meeting room




cubicle Liza 'yang bersepah'
yang best ada ikan laga. comel!
borak kat sini je dah 45mins





- Liza dan saya-

p/s: sorry aarr beb, aku kena crop pic ni sebab aku terjumpa dan sembang dgn pakcik Za'aba. nak buat pakcik Za'aba confused.

nanti dia tau aku tour dgn ko. walaupun aku dah cakap amik document. tapi sah2 dia bleh layan tgk CCTV. hahaha. nasib la lu, beb.

satu lagi, aku tak nak boss ko (+kak Le) kantoi ko. hahaha
anyway, thanks ye Liza bawak aku tour kat office ko (^_^). best gak activity ni.

yeehaa

ahaksss
lagi sekali >>
Liza: aku tau ko suka. aku belikan untuk ko
yeehaa...thanks so much, beb! (^_^)
(agak2 kalau Ahmad marah ko beli benda2 ni, ko bgtau aku ye..hahhaha)


-colourful wooden clip+wooden magnet-

stitch read a little book


Thursday, December 25, 2008

balloon!!



saya suka betul dgn ke-kreatif-an mereka mengunakan belon2 ni. (^_^)
p/s: kmun, wa tak jadi shareholder lagi kat tmpt ni =oP hihihi

postcard+lilGift

hari ni saya tak tau nape saya teringat kat sweetfren saya dari jakarta
nama dia Lenni Permatasari (saya suka nama dia)
saya kenal dia melalui abang dia yang saya kenal through YM
Nikky Almon Hamzah (pun saya suka nama abang dia)

1st time saya jumpa Lenni masa 2005-2006.
dia datang KL dan saya htr dia ke KTM.
2nd time saya jumpa Lenni masa saya gi Jakarta.
dia datang kat hotel dan kami borak2 sebab time tu hujan lebat.. so tak leh nak kuar. dia seorang yang sweet dan best.
tapi saya pun tak tau nape...saya tak bergambar dgn dia (-_-) hiks hiks
hopefully, 3rd time kita jumpa, kite bergambar ye Lenni (^_^) hehehe

dan hari ni saya hantar postcard and little gift to Lenni
(harap dia suka)




Wednesday, December 24, 2008

-we-

-saya-kila-ogy-

cuti (lagi).
jalan-jalan (lagi).
kasut (tak lagi).hiks hiks
try je tapi tak beli (-_-)

Tuesday, December 23, 2008

good day

cuti.
jalan-jalan.










kasut! hehe

-Brown Checkered Heels-

Monday, December 22, 2008

'prosperity date'


saya ada 'prosperity date' dgn liza
hehehe (sorry Ahmad, pinjam Liza jap)
kat McD tepi highway MrR2




'prosperity date' dgn Liza sebab:-
1. Lama tak jumpa dia
2. Rindu nak borak dgn dia.
3. Prosperity burger!! yummiee (*_*).

hmm.. everytime burger ni ada, saya mesti teringat liza+zaman2 kami belajar dulu. kami layan prosperity @ McD dekat Masjid Jamek LrT STation. tapi rasa dulu lagi pedas. skrg tak berapa pedas sangat laa kan.

(ahaa..no wonder Liza bubuh sos cili kat prosperity burger dia. hihi)


dan..

Liza: aku belikan ko ni. sebab aku tau ko mesti suka. heee
Saya: Ahaaa..comel nye! mmg aku suka. lalala

heee..liza belikan saya wooden clip masa dia gi watson.

thanks so much, beb (*-*)

p/s: Liza, kan betul aku cakap.
statement mak aku: "tgk Liza, rajin. dulu menjahit, skrg buat roti. Angah?"
statement Ila: "best nye kak Liza, ntah2 lepas ni dia bukak kedai kek+roti"
statement aku: "oven rosak, camne nak buat roti.lalalalala"

Sunday, December 21, 2008

Saturday, December 20, 2008

Decky & K.Fazi's Wedding

yeaaayyy!!
Alhamdulillah, semua berjalan dgn lancar. kFazi begitu jelita dan Decky tampan dgn purplelilac nye. (^_^)
both of them mmg sweet dan baik.
Semoga berbahagia selamanya. Amin.

Monday, December 15, 2008

kisah siDia

saya tak kenal siDia tapi saya selalu nampak siDia
saya tak tau apa masalah siDia tapi saya tau siDia mmg ada masalah
saya kadang2 terfikir apa yang menyebabkan siDia jadi camtu sebab saya selalu nampak siDia bercakap ketawa berjalan sorang2
saya gabra bila berdepan dgn siDia walaupun saya rasa siDia takkan buat apa2
saya kesian dgn siDia sebab siDia nampak macam muda lagi dan sepatutnya siDia hidup normal macam orang muda yang lain

dan ptg tadi masa nak kuar parking
saya takut bila siDia lalu dekat kete saya
saya terbayang kalau siDia sergah tak pun ketuk cermin kete saya tak pun tak nak berganjak dari depan kete saya (tumpang kete? tak mungkin laa kot sebab siDia macam suka jalan2 je dari naik kete)
iye! saya tau saya tak patut berprasangka buruk dgn siDia tapi setelah kejadian satu malam lalu..saya fobia bila nampak siDia
sebab siDia penah 'mengikut sambil berkata2 dgn kuatnya' dibelakang June, Tina dan saya menyebabkan kami tak keruan berjalan dan tak tau patut lari atau tidak.
wuarghhh yang pasti kami jalan laju sambil pegang tangan sesama sendiri sambil mulut tak abis2 mengomel (huhhh katun betul!)
tapi...sapa tau kan kalau siDia tiba2 mengganas.
hmm.. katne ye siDia tido? sapa ye yang bagi makan kat siDia?
hmm.. sian siDia (-_-)



Saturday, December 13, 2008

14thA-U-G2008

saya & family gi Stadium Bukit Jalil
untuk opening 14th Asean University Games 2008




kali ni KL jadi tuan rumah
dan ogy join
ahaa.. bukan sebagai atlit tapi sebagai volunteer utk persembahan
at first saya terfikir, apa yang rajin sangat minah ni nak join
tapi saya rasa bagus gak
at least dia ada satu lagi sweet memory untuk diingati (^_^)
















Opening ceremony dan disaksikan oleh bulan yang cantik :) heee

p/s: saya paling suka maskot AUG yang berdiri paling kiri mengadap VIP pada malam tu sebab dia paling cool+lawak.


Vintage Hunting

'Vintage Hunting' bersama Kila & mak (^_^)
we had great time together (*_*) and in the end, i had 'great-foot-pain' (0_0)

Friday, December 12, 2008

Genap 15tahun

hari ni genap 15tahun
arwah along pergi meninggalkan saya sekeluarga

hari ni genap 15tahun
mak dan abah kehilangan anak pertama mereka

hari ni genap 15tahun
saya tidak mempunyai kakak yang selama ni tolong saya utk solvekan problem saya+seronok gaduh dan lepak bersama

hari ni genap 15tahun
kila dan ogy mempunyai saya sebagai kakak 'sulung' mereka

hari ni genap 15tahun
mak-abah-saya-kila-ogy rindu kat arwah along


Al-Fatihah untuk Along (-_-)

Thursday, December 11, 2008

..a gift from Ogy (^_^)..

- Light brown buckle wedge shoes-

Thanks so much, Ogy.

next time, nampak kasut2 yang menarik.. belilah lagi ye. u know my size rite? lalalala


Wednesday, December 10, 2008

TakSamaTakSerupa


hmm...saya suka betul dgn HelloKitty Calculator ni
tapi mahal sgt dan tak berbaloi untuk saya beli (lalalala ayat untuk sedapkan hati)




dan diofis, untuk dapatkan "feel" mengira
saya telah 'D-I-Yproject' dgn calculator Canon ofis dan HelloKittypaperclip saya hehehe



iya! saya tau
tak sama tak serupa (langsung!)
tapi at least saya dapat "helloKitty calculator"
lalalalalalala

name tag

Gloria dan nametag-Gloria-nye

hehe..new implementation
"semua orang kena pakai name tag. takde? tertinggal? sila ke kaunter untuk ambik pass"

hehe..new security guard
"cik, name tag. sila pakai" kata guard baru yang berasal dari Nepal.

ahaks. itu la 'morning greet' yang saya dapat masa masuk bangunan ofis saya. padanmuka saya yang suka simpan name tag dalam bag. tapi bagus gak praktis ni. dapat gak la 'jeling2' nametag org sekaligus berkenalan dgn orang2 sekeliling yang keje satu building. hihi. dan efisien betul guard baru ni. asal sapa masuk bangunan dan menghala ke lif, dorang check name tag (tapi dorang sure ke yang pakai name tag tu pekerja kat bangunan tu? lalalala)

dan kejadian pagi tadi buat saya tergelak
situasi: seorang pekerja memasuki bangunan ofis dgn memakai baju uniform ofis (yang mana tiap2 hari dia mmg kena pakai baju uniform tu datang ofis) telah disuruh oleh guard untuk memakai name tag. kat situ je dah dapat 1point utk guard atas 'efisien' nya mereka.
tapi saya tergelak bukan sebab pekerja tu kena sound. saya tergelak sbb guard lebih risaukan pemakaian name tag daripada kenal pekerja2 ofis. hmm..patut bagi 1point ke? hihi
Randall Boggs dgn nametag-Stranger-nye

agak2, kalau sapa2 yang bukan pekerja dan memakai 'tali name tag' jer..harus terlepas dari guard tu kan. hehehe tapi tak pe. saya positif! kena la bagi chance bagi time kat guard baru ni, esok2 dorang kenal la pekerja2. hihi

p/s: teringat guard lama, mmg kenal pekerja melalui muka takyah ada name tag tapi camne plak bleh ada kecurian ehhh hiks hiks.

Tuesday, December 9, 2008

bencana alam

hari ni masuk hari ke-4
bencana alam yang menggemparkan KL+Malaysia
14banglo ranap (seperti tajuk di stesenTVswasta)
... kerana tanah runtuh ...


hmm..bencana alam yang jarang2 berlaku
>>jarang2 berlaku dan tak sama seperti tsunami (2004)
>>jarang2 berlaku dan lebih kurang sama punca -i.e. tanah/pokok/hutan yang 'diganggu rakus'- dgn banjir lumpur PosDipang (1996)

>>jarang2 berlaku dan sama seperti Highland Towers (1993) (ingat lagi saya pegi 'sitevisit' kawasan kejadian time tu.nampak 'bongkah batu' yang besar dpn mata. sedih bila terfikir sapa2 yang terhempap/tertimbus)

dari pagi hari sabtu hinggalah saat ini saya mengikuti berita/updates pasal bencana alam ini.
hinggakan saya rasa saya terlupa dgn bencana alam lain yang sedang berlaku di pantai timur (ish ish ish)
saya mmg bersimpati dgn mereka yang terlibat
dan malam ni, saya -lihat,dengar dan 'rasakan'- satu statement dari seorang uncle-mangsa-bencana-darahnaik lantang berkata2
"TV ada sini biar TV dgr, tentera&rela tu duduk makan, tak tolong pun wife saya angkat kotak, kami tak makan pun lagi, bla bla bla..darah naik la camni'
>>begitulah antara2 kata2 uncle tersebut. tapi saya tak sure uncle tu je atau pun semua yang terlibat 'darah naik' pada tentera&rela (sebelum tu dia marahkan MPAJ)
(tapi bukan ke uncle tu yang duduk atas bukit tu kan, dan dia yang pilih beli rumah kat situ. ohya, barang2 yang diangkat pun mesti barang2 uncle tu kan? hmmmmm......)

hmm..sian kan tentera&rela tersebut. tak pasal2 dorang kena marah.
dah la dorang tak tinggal di kawasan tersebut (mungkin mereka tak mewah untuk beli rumah dikawasan tersebut), mungkin ada antara mereka yang dah approved cuti raya tapi sebabkan keje kena tolong mangsa bencana alam, mereka terpaksa sambut raya, makan dan tido di kawasan tersebut.
ahaaa..ntah2 mereka baru je duduk nak makan setelah buat keje
ishh ish ishh..sian nye mereka. (o_o)
dan yg pasti tentera&rela ni takkan buat statement 'darah naik' kena keje depan cameraman TV-TV diMalaysia. hehehe

hmm.. saya mmg tak mengalami bencana alam tersebut dan tak berada di tempat kejadian
tapi sebagai seorang manusia, saya juga turut bersimpati dgn apa yang berlaku.
hmm..saya mungkin 'bias'
tapi sebagai seorang manusia juga, saya rasa kadang2 kita perlu redha (dan insaf) dgn apa yang berlaku. tak perlu menuding jari atau menyalahkan (darah naik) pada sapa2 pun. dan patut lebih bersyukur kerana terselamat, dapat lagi bernafas, dan dapat menggunakan simpanan mereka yang banyak untuk 'meneruskan hidup'.

hmm..entah laa kan.

p/s: saya harap awek-poyo-BMW selamat dan saya masih boleh nampak dia memotong kete saya dgn lagak nye, pagi2 otw nak ke ofis. hehe.
hmm..saya mmg tak semewah awek-poyo sebab kete dia BMW dan saya hanya berkete nasional
tapi sebagai seorang manusia, saya rasa tak salah (dan tak calar pun kete dia) kalau dia angkat tangan tak pun senyum tanda tima kasih bila saya bagi jalan kat dia. Jeles? huhu saya jeles sebab kete dia BMW? haha. Kete nasional ni pun saya berpeluh nak bayar, nape plak nak jeles pasal kete BMW dia.

lalalala

Monday, December 8, 2008

pengorbanan


pembaca khutbah hari raya aidiladha bertanya "sedara sedari sekalian, penahkah anda bertanya pada diri anda, apakah pengorbanan yang penah/telah anda lakukan dalam hidup anda, pada keluarga anda, kawan2 anda dan diri anda sendiri?"

dan saya pun terus bertanya pada diri saya
"apakah pengorbanan yang telah saya lakukan untuk keluarga saya, orang2 sekeliling saya dan paling penting, pengorbanan untuk diri saya sendiri"
uisshhh lama saya berfikir dan mencari jawapan.
(nampak sangat tak de pengorbanan yang besar hiks hiks)

tapi saya tau..sedikit atau sekecik mana pun satu2 perkara yang berlaku pada diri saya, ianya adalah merupakan pengorbanan yang besar untuk diri saya.
dan yang pasti, pengorbanan itu merupakan pilihan yang telah di pilih oleh saya sendiri.
(walaupun saya rasa ada gak yang saya ter-influenced dari keadaan semasa hihi)

tapi.. apa ehh pengorbanan yang telah saya lakukan?
dan saya akan terus berfikir dan berfikir ..(-_-)

oh ya.. dan saya pun nak sampaikan soklan yang pembaca khutbah tu berikan, kepada kawan2 semua.
>>>'apakah pengorbanan yang telah anda lakukan kepada keluarga, kawan2 dan diri sendiri?'

p/s: abis la diet saya hari ni. mak saya masak rendang ayam + lontong.yummiiee!! eehh, saya diet ke? lalalalala

......



Dear All,


SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA
--------------------------------------------------