Saturday, January 31, 2009

kucingwarnawarni

heeee..
ingat lagi bookmark KucingBiru yang Kila belikan utk saya?
yeehaa dan hari ni
saya telah dapatkan kawan2 utk KucingBiru

lalalala






Kucing WarnaWarni
Biru-Pink-Kuning-Merah







dan






GreenVWCombiVan-
StrawberryShortcake-
RedVWBeetleCar





p/s: tiba2 saya teringat pada enciksare_reyes. hmm..mungkin saya boleh hadiahkan dia satu bookmark (hellokitty?). ok gak tu kan. heee... oh ya, kalau enciksare_reyes terbaca mesej ni, sila tinggalkan alamat encik. tima kasih :)

Friday, January 30, 2009

Wednesday, January 28, 2009

bookmark


p/s:
Thanks Kila!
sebab belikan saya bookmark HelloKitty dan KucingBiru yang comel.
lalala

kisah parkman dan saya

parkman: hai awak. lama tak nampak
saya: hai. saya pun lama tak nampak awak

parkman: apa laa awak ni, kejap kurus kejap berisi
saya: haaaa? abis skrg camne?

parkman: skrg dah ok. tak berisi
saya: aikk?? (suka2 hati je ngata orang-dalam hati)

* itu laa perbualan saya dgn parkman (diJalanDoraisamy) masa saya balik keje

saya tak kenal parkman (seperti mana saya tak kenal Alan dalam previous post)
tapi saya boleh senyum kat dia la kalau saya nampak dia kat mana2 selain JalanDoraisamy.
saya tak kenal parkman
tapi saya boleh berbalas2 'hai' dgn dia kalau terserempak kat JalanDoraisamy.
saya tak kenal parkman
tapi saya boleh minta tolong kat dia (agaknya laaa) kalau saya sorang2 dikejar sidia (previous post).

dan saya heran...
saya tak kenal parkman
tapi dia suka2 hati 'ngata' saya berisi
dan saya teringat parkman penah tanya saya "napa awak berisi sgt ni?" depan kawan2 dia yang juga saya tak kenal
mau je saya jawab..."baju kurung cotton ni suka bagi saya nampak berisi" tapi tak jadi sebab saya lebih suka senyum dan jawab dalam hati
(sebab saya rasa dia akan tanya soklan yang sama walaupun saya tak pakai baju kurung cotton dan time tu saya tau saya takde jawapan yang "munasabah" utk saya jawab)
heeeeee

dan saya rasa 'ok gak'
saya tak kenal parkman
tapi saya boleh 'gedebussshhh' dia (again..dalam hati jer)
macam buttercup 'gedebusshhh' smiley-woodie-spinninghead lalalalalala


.......walaupun sebenarnya parkman indirectly kata saya kurus (kan? kan? betulkan?) .......

hahahahhah lalalalalala


Tuesday, January 27, 2009

sukahati

hai kawan2, happy holiday!

hari ni saja kuar jalan2 dgn Kila dan Ogy
kat shopping mall yang 65% kedai2nye tutup sebab cuti CNY
(@_@)
mmg tergelak sbb kosong betul bangunan tu

oh ya.. lupa plak nak wish
-Happy Chinese New Year, Alan-
hmm..saya tak kenal+tak penah jumpa Alan ni tapi saya penah minta tolong dia dapatkan harga sebuah hitamputih-printing-machine yang dah mmg boleh masuk muzium. kenal ke tak , tak kisah laa kan..
saya harap Alan bersukaria bersama keluarganya

seperti saya
yang bersukahati
dapat beli






Superman 36colors
stampwater colorpen
(dgn harga selepas 70%discount)





dan





bowling-inspired pixie flat shoes








lalalalala (^_^)

Monday, January 19, 2009

kopi-holic


seharian saya asyik minum kopi
bau kopi buat saya fresh (^_^)

saya juga punya kawan2 yang suka kopi
dan saya teringat kopi panas roomate saya, Liza masa hujan kat kolej dulu
kami minum sambil cicah biskut kering
yummiiee!

tiba2 saya tersenyum
sebab GianFrancoZola juga suka kopi
dan dia penah hantar kopi jenama nescafe ke ofis saya
(*_*) lalalala

Saturday, January 17, 2009

...

saya suka bila
buang masa tengok+melayan mainan2 dikedai

saya tak suka bila
hanya dapat tengok tapi tak dapat beli mainan2 dikedai

tapi saya suka bila
saya ber-lalalalala-
bila saya tak suka

(@-@) ?? ahakss














































Friday, January 16, 2009

iye ke?



kata seseorang pada saya
>>Snobbish<<
'itu yang i nampak bila 1st time i jumpa u'

hahahaha...

teringat masa belajar
kata seorang kawan pada saya
>>Sombong<<
'itu yang aku nampak bila ko jalan turun dari putraLRT'

hmmm... iye ke?
hmmm....(-_-)

Thursday, January 15, 2009

North2Central

Seawal pagi yang tenang 8:40am,

seaview - air surut


Putra Brasamana Hotel

Seawal petang 1.15pm,

seaview - air pasang

Selewat petang 7:10pm,

balik Kl

matahari terbenam

Wednesday, January 14, 2009

road2north

Last week
Boss saya: i nak u ikut sekali gi Kedah-Perlis jumpa customer. kampung u pun kat sana. mesti familiar dgn jalan2 ke utara ni.
Saya: Ehhh? saya tau camne nak gi rumah tok wan saya je.

Hari ni
seawal sebelum subuh 4:30am,

tunggu Teammate saya kat simpang jalan

seawal pagi 8.05am,

kami lalu jalan sgt berkabus.

seawal 9:20am,

kami sepatutnya berhenti kat Gurun utk bersiap sebab 1st meeting pukul 10:30am tapi tak jadi sebab teammate saya @ driver terlupa


sesudah sampai 10:10am,

kami sesat dan saya mengambil kesempatan menikmati bangunan2 diKotaStar ni (^_^) dan terfikir nape saya tak penah menikmatinya sebelum ini walaupun saya dah berkali2 ke sini. hihihi. oh ya, dan saya tak dapat membantu teammate saya cari jalan yang betul sebab saya sendiri pun 'sesat' (-_-)


Pejabat Pos Besar Alor Star


Menara Alor Star


Masjid Zahir Alor Star

kanak2 sekolah+cikgu2 sekolah melintas jalan.

selewat petang 6:30pm,

minum kopi kat rumah tok wan saya. dan sempat jumpa parents saya yang juga balik kampung. heee


Seawal malam 7:30pm,

kami check-in kat Putra Brasmana Hotel, Kuala Perlis sebab esok nya kami ada meeting kat Kuala Perlis

Putra Brasmana Hotel, Kuala Perlis

Thursday, January 1, 2009